Total Pageviews

Saturday, November 3, 2012

Banana~na~na..



                                         
Seperti kita dah sedia tau bahawa pisang ataupun Omputih depa panggil banana ni sangat la banyak khasiatnya dari segi health and beauty. Tapi ada gak sesetengah Orang yang tak tau sO chek nak ambik kesempatan ni nak habaQ kat hampa la, ala2 prOmOte makan pisang sambil bergayut atas pOkOk gitu hahahaha..

*Chek suka makan pisang sebab dOk tengOk mOnyet makan pisang tu cOmey ja hahahaha..

ni chek main cOpy paste dari beberapa sOurces dan ada mOdified sikit..

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. 




Tekanan/ Kemurungan/ Stress
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mOod dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira 
sebab tu la hampa tengOk mOnyet tu sentiasa ceria dan bertenagaPotassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stress, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. 


PMS
Lupakan pil-pil hospital , panadOl, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mOod anda. Jadi ada member perempuan hampa yang selalu marah2 and mOody2 tu, hampa hadiahkan la dia pisang sebijik dua tau. Dapat jugak pahala sebab bagi dia makan and buat dia happy2 gitu and dia pun bertambah sayang kat hampa hahaha..

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. 

Tekanan Darah Tinggi
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. 

Kuasa Minda
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). So kalau hampa ni student, elOk sangat la makan pisang hari2, k..

Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Pendek kata, nak membuang hajat tu senang la, tak yah nak teran2 dah eauwwwwww tak senOnOh betui nO aku ni tapi ini la yang aku maksudkan..


Cirit-birit :
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit. Lepas cirit elOk la makan pisang and segelas ayaQ garam supaya dapat kembalikan mineral yang dah keluaQ masa cirit tu..


Keletihan/ Pening-pening

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu ataupun milkshake pun bOleh. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. 

Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. Lepas ni tak yah nak pi pharmacy beli gaviscOn dah tapi itukan untuk pedih hulu hati hahaha..

Demam Pagi
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi. Ni untuk antibOdi yang tak kuat ni. Dulu masa kecik2 aku tak suka makan banana ni sebab bau dia macam antibiOtic tapi la ni tekak and hidung aku dah bOleh trima dah..

Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. Yang ni kalau nak camp dalam utan ka, picnic kat ayaQ terjun ka elOk la bawak skali sebab hampa dah masuk dalam habitat nyamuk tu, kan..

Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda . 

Obesiti dan Tekanan Kerja
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar
 gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Alternativenya makanlah pisang. 


Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. 

Kawalan Suhu
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cOol). CoOl, kan3..hahaha..

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari bak candle princess tu ha. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mOod kita. 

Ketagihan Rokok & Tembakau
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. Kalau hampa nak berenti hisap rOkOk ni bOleh la makan pisang. Teringat ja nak isap rOkOk, sumbat sebijik dua pisang dalam mulut tu..hahaha.. 

Strok
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! 

Lain-lain Penyakit Kulit
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah . Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
 





Pisang dapat mengangkat sel kulit mati
Kombinasi pisang dan strawberry mampu mengangkat sel kulit mati yang menumpuk pada kulit.
cara membuat:
potong kecil-kecil pisang dan strawberry, taruh dalam mangkuk, lalu hancurkan sampai halus. kemudian tambahkan dua sendok minyak zaitun, aduk sampai rata. Tambahan setengah cangkir gula, aduk. Olehkan pada kulit, sambil diusap lembut untuk mengangkat sel-sel kulit mati, bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.

Pisang dapat mengencangkan kulit payudara
Vit-E yang terkandung dalam pisang bermanfaat menyehatkan kulit. Dicampur madu, ramuan ini dapat menghaluskan kulit dan mengencangkan kulit payudara yang mengendur karena usia.
cara membuat:
hancurkan pisang sampai seperti bubur, tambahkan satu sendok madu, aduk. oleskan pada daerah payudara dan biarkan mengering. bilas dengan air hangat dan lanjutkan dengan air dingin. Lakuakn seminggu sekali.

Pisang dapat mencerahkan kulit wajah
Untuk mendapat kulit yang cerah, anda dapat mencoba ramuan ini. hancurkan pisang sampai seperti bubur, tambahkan oatmeal secukupnya dan aduk sampai merata. Olehkan pada wajah, biarkan 10-15 menit, bilas dengan air hangat. Lakukan seminggu sekali

Pisang dapat melembutkan kulit
Ambil setengan pisang dan alpukat, blender hingga tercampur rata, tambahkan satu sendok minyak zaitun dan dua sendok makan yoghurt, aduk sampai semua tercampur rata. Oleskan pada wajah, biarkan 15 menit, kemudian bilas dengan air hangat dan lanjutkan dengan air mawar. Lakukan seminggu sekali.

Sebagai masker untuk menegangkan kulit
Caranya sebijik kuming telur,dua sudu teh almond dan sebiji pisang.Haluskan dan kacau rata hingga bentuk pasta.Pah tu sapukan pada muka dan biarkan dia selama 15 minit lebih kurang macam tulah..Selepas tu bersih dengan air suam...Huh..mudah je kan!!

Penyegar Kulit
Campurkan setengah cawan yogurt tawar,satu sudu makan madu dan sebiji pisang.Lumatkan dan kacau sehingga rata .Buat masker kat muka dan leher dan biarkan dalam 10 minit. Bilas dengan air sejuk sudahlah..Gerenti muka fresh ja..
Pendingin Kulit Yang Kering
Hat ni lagi senang.Lumatkan dan kacau sehingga rata  kemudian sapu kat muka dan biarkan dalam 15 minit.Bilas dengan air sejuk ...surelah lepas tu kulit rasa dingin je cam salji..huhuhu

Penghalus Kulit
Hancurkan 2 biji pisang..kalu nak letak lebihpun apa salohnya...lagilah sapa yg ada kebun sendiri.Lepas tu campurkan tiga sudu makan  minyak bayi..Sapukan pada tubuh sebagai scrub...Halus lah kulit lepah ni..
Untuk Rambut Kering
Campurkan sebiji buah pisang yang telah dilumatkan dengan 3 titis minyak almond...Sapukan pada rambut sambil picit-picit.Biarkan selama lebih kurang setengah jam..Setelah itu baru guna syampu biasa.
Cubalah..jangan tak cuba ya..

Extra infO :

Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

Makan la pisang yang buahnya benar2 matang kerana semakin matang buahnya maka semakin tinggi level antioksidan (Universiti Innbruck Austria)

Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk

>>>>> A banana a day, keeps the dOctOr away. So selamat memakan pisang sambil bergayut masa pakwe atau makwe anda call :) xiexie fOr visit my wall~